Rabu, 12 Disember 2012

iT world buka cawangan baru di AEON Manjung



Berita baik untuk yop-yop sekalian. iT world, pengedar produk Apple telah membuka cawangan terbarunya di AEON Manjung.  cawangan iTworld yg ke lima ini telah mula di buka pada 8 Disember 2012. Jadi mane yop-yop dari Parit, Bota, Pantai Remis, Seri Iskandar,Lumut dan kawasan-kawasan berhampiran yang nak beli iPad ke MacBook ke udah tak payah pergi jauh-jauh dah. Dekat je chor...

So teman nak cerita the making of iTworld Manjung cewah!! 

Lukisan 3D iTworld Manjung



yang nie pulak gambar bile dah siap...haaa same tak...



yang ini pulak gambar-gambar sewaktu dari mula hingga akhir proses renovation:











So sempena promosi pembukaan iTworld Manjung telah mengadakan peraduan Guess, Count and Win...haa..siapa nak menang iPad free mari le cuba nasib.....sekiranya anda nak tahu perkembangan iTworld, nak tahu promosi terkini sila ke Laman Facebook iTworld







Selasa, 23 Oktober 2012

Sejarah Apple

Sejarah Apple



   

Korang mesti selalu dengar tentang Apple kan... Sebut sahaja Apple, mesti korang semua terbayangkan barisan produk Apple seperti iPad, iPhone, iMac dan sebagainya. Tetapi korang tahu ke sejarah macammana Apple nie bermula?


     Sebelum penubuhan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari, yang merupakan antara pelopor permainan arked dan TV. Wozniak telah membeli  beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas dan menggunakan percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dan telah dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Inilah komputer Apple I, model pertama keluaran Apple. yang ni pun unit modified, dan tambah keyboard dan casing kayu. camne nak guna pun idak le teman tahu

Pada tahun 1975, Wozniak telah menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.
    Apple diasaskan pada April 1, 1976 oleh Steve JobsSteve Wozniak, dan Ronald Wayne untuk menjual komputer pertama keluaran mereka, Apple 1. Ianya direka oleh Wozniak( buat pakai tangan je) dan terdiri daripada unit motherboard (with CPURAM, dan basic textual-video chips). The Apple I mula dijual pada Julai 1976 pada harga $666.66 ($2,723 dalam 2012 dollar). 
Apple diperbadankan pada January 3, 1977 tanpa Wayne yang menjual sahamnya kembali kepada  Jobs dan Wozniak untuk $800. Jutawan Mike Markkula telah membantu dengan bantuan sebanyak RM250,000 semasa Apple diperbadankan.


Model Apple II dengan 2 floppy disk.
Selepas berjaya menghasilkan komputer pertama mereka, Apple telah mengeluarkan Apple II, komputer  8-bit yang merupakan antara pelopor microkomputer ygt berjaya. Juga di reka oleh Wozniak,ianya juga lebih maju berbanding Apple I dan telah mengubah persepsi masyarakat kepada penggunaan komputer masa itu. Apple II mula diperkenalkan pada April 16 1977,di West Coast Computer Faire . Ianya merupakan antara komputer pertama yang menggunakan casing plastik dengan unit monitor grafik. Ianya juga dilengkapi dengan floppy disk, dan juga VisiCalc, perisian yang paling popular pada masa itu. disamping itu, Pengguna Apple II juga boleh menggunakan perisian WordStar dan dbase II. diakhir pengeluarannya pada 1993, siri Apple II telah terjual sebanyak 5-6 milion unit.


Antara Iklan Apple II

LISA - cinta tak semestinya bersatu



    Selepas kejayaan Apple II, Apple telah mengeluarkan siri Lisa pada tahun 1983. Apple menyatakan LISA merupakan Akronim bagi Local Integrated System Architecture.  Walaubagaimanapun, Steve Job telah menyatakan kepada penulis biografinya,  Walter Isaacson yang nama LISA itu diambil daripada nama anaknya ( Lisa Nicole Brennan). 
LISA merupakan komputer berkuasa tinggi yang direka untuk pengguna yang memerlukan komputer berprestasi tinggi pada masa itu. ianya mula dipasarkan pada Januari 19, 1983. Ianya menggunakan unit pemproses Motorola 68000 processor pada kelajuan 8 MHz.Walaubagaimanapun, harganya yg mencecah $9955 menyebabkan kurangnya sambutan dikalangan konsumer. Ianya kemudian di gantikan dengan model Lisa 2/ Macintosh XL yang lebih berdaya saing.



Macintosh - Selamat datang ke revolusi komputer!!

Macintosh, yang  mula dipasarkan pada  Januari 24 1984, Merupakan komputer peribadi komersial yang pertama menggunakan tetikus(mouse) dan graphical user interface(GUI). Dijual pada harga $2495 dolar, ianya segera menarik perhatian ramai. Macintosh edisi pertama ini juga dilengkapi dengan perisian Macpaint dan MacWriter yang menyebabkan ianya digunakan secara meluas.



Cuba tengok betul-betul siapa dalam Gambar tu(baju Biru).


Siri Machintosh  telah mengalami beberapa evolusi yang telah menambahbaikan yang membawa kepada penghasilan Model Macintosh Plus, Macintosh SE, Macintosh SE/30 dan Macintosh II. Pada pertengahan 1986, pengeluaran siri Macintosh telah mencecah 1 million.Model ke-1 million ini kemudiannya telah diberikan kepada Steve Wozniak sebagai penghargaan kepada hasil kerjanya dan komputer ini masih digunakan oleh beliau sehingga ke hari ini.Pada tahun 1985, Apple telah mengalami masalah dalaman dengan krisi di antara Steve Jobs dan John Sculley, CEO pada masa itu. Steve Jobs kemudiannya telah berhenti dari Apple dan mengasaskan Next Computer.

Semasa pelancaran Siri Machintosh juga, Apple telah mengeluarkan iklan komersialnya yang terkenal pada waktu rehat Superbowl XXIII pada 22 Januari 1984. Iklan ini yang diarahkan oleh Ridley Scott, dengan kos 1.5 milllion, telah berjaya memperkenalkan Apple di mata khalayak ramai waktu itu.


                             Iklan Komersial Apple 1984


Pada tahun 1989, Apple telah mengeluarkan Komputer mudah alihnya yang pertama, Macintosh Portable. Walaubagaimanapun model yang berharga $6500 dan dengan berat 7.2kg ini gagal dipasaran disebabkan pelbagai masalah dan kekurangannya. Apple kemudiannya mengeluarkan model Powerbook yang lebih berkuasa dan berharga $2500 sahaja pada tahun 1991. Powerbook segera memberi impak kepada pasaran komputer sedunia.



1992 PowerBook "Two Ways" brochure


Newton Massage Pad- Pemangkin Kepada iPad dan iPhone.

Newton Massage pad merupakan PDA yang dikeluarkan oleh Apple yang dilancarkan pada Ogos 1993. Ianya merupakan iPad dan iPhone "original" , dimana ianya menggunakan touchscreen( ada pen lagi), fungsi Fax, email, dan etc. la...tapi Model ini  kurang mendapat sambutan disebabkan handwriting recognitionnya tidak stabil dan beberapa lagi kekurangannya.menyebabkan ianya gagal dipasaran



20th  Anniversary Macintosh (TAM)

Okay, yang ni mesti korang tak pernah dengarkan? Penulis pun sama jugak...hahaha..cuma masa buat research untuk tulis artikel ni baru penulis jumpa(  artikel Sejarah Apple ini paling lama ambil masa nak menulisnya). Ianya dikeluarkan pada tahun 1997, dan hanya diedarkan di lima negara sahaja( Malaysia memang tak sampai punya)



ianya merupakan diantara rekaan innovatif Apple, dimana hanya 12,000 unit dikeluarkan oleh pihak Apple. Dengan skrin 12.1', Dengan unit prosessor 250MHz, dan dengan TV/radio tuner, TAM merupakan komputer tercanggih pada zamannya.TAM juga disertakan dengan subwoofer untuk menambahkan keistemewaannya. Anda juga boleh mendownload brochure TAM di sini.

iMac G3 "Blondi Blue"



iMac Merupakan modal komputer all- in -one yang direka oleh Apple. Mula dipasarkan pada 1998, ianya direka oleh Jonathan Ive( juga merupakan ketua pereka bagi iPhone dan iPod). So Actually panjang lagi historynya, cuba penulis pendekkan sampai sini je.
so hopefully dapat membantu meningkatkan pengetahuan anda!!

















Khamis, 21 Jun 2012

Samsung Galaxy SIII Kini di pasaran!!


Samsung telah mengeluarkan model telefon pintar terbarunya, Samsung Galaxy SIII untuk mengukuhkan lagi jenamanya dan telah diedarkan untuk pasaran Malaysia. Ianya dilengkapi dengan beberapa fungsi terkini sesuai dengan temanya "design for humans".

 Fungsi Smart Stay



Telefon Pintar ini dilengkapi dengan sistem Smart Stay, yang mana screennya akan bergerak mengikut pergerakkan kelipan mata anda. Menarik bukan!!















Direct Call


\
Sekiranya anda berada dalam mode massage/SMS, anda boleh terus membuat panggilan tanpa perlu mendail. Anda hanya perlu meletakkan telefon ke telinga anda dan ianya akan mendail nombor tadi secara automatik








S Voice




Samsung Galaxy SIII menberi respon kepada  suara anda; samaada untuk menangkap gambar, memulakan panggilan dan bermacam lagi arahan menggunakan suara.














4.8 HD Super AMOLED




Dengan Screen 4.8 HD Super AMOLED,
memberikan anda paparan yang lebih jelas dan baik
















Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy SIII secara online di www.sns.com.my atau di Kaunter Jusco :



• Jusco Stores, First Floor, Multimedia Department, 31400 Ipoh. Tel/Fax: 05-5484 616
• Jusco Stores, Home Centre, Taman Equine Shopping Centre, 43300 Sri Kembangan. Tel/Fax: 03-8945 3618
• Jusco Stores, Home Centre, Aras Mezzaqnine, Lebuh Tun Hussein Onn, 43200 Balakong, Selangor. Tel: 03-9076 7618
• Jusco Stores, Level 1, Multimedia Department, Sunway Piramid, 46150 PJ, Selangor. Tel: 03-5622 1594
• Jusco Stores, First Floor, Multimedia Department, AEON AU2 Shopping Centre, 54200 Kuala Lumpur. Tel: 03-42512496
• Jusco Stores, 2nd Floor, Multimedia Department, Queens Bay Mall, 11900 Bayan Lepas, P.Pinang. Tel: 04-6446 616
• Jusco Stores, Seberang Prai City, Perdana Mall, Jln Perda Timur, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 04-5373616
• Jusco Stores, Multimedia Department, AEON Ipoh Station 18 Shopping Centre, ,31650 Ipoh Perak Tel: 05-3220616

Ahad, 3 Jun 2012

NESTLÉ BLISS Looking Fabulous Inside Out Contest

NESTLÉ BLISS Looking Fabulous Inside Out Contest


Contest Period: 
15th May 2012 - 22nd July 2012


Borang Peraduan: Klik Sini

Terma & syarat: Klik Sini

Permandangan pelik dari Google Earth

Dengan permandangan satelit yang telah dikemaskinikan, Google Earth mampu memudahkan pengguna melihat permandangan muka bumi dari pada padangan satelit. Google Earth juga mampu memperlihatkan objek-objek yang kelihatan aneh. Berikut adalah antara pemandangan yang pelik yang didapati melalui Google Earth:


Badland Guardian

merupakan penampakkan bentuk muka bumi di arah Tenggara Alberta, Kanada. Dilihat dari angkasa, Imejnya memang sangat mirip dengan kepala manusia yang menggunakan topi khas penduduk asli Indian Amerika dan juga nampak seperti menggunakan earphone.
Kepala tersebut adalah sebuah saluran pembuangan yang tercipta melalu erosi yang sangat halus, tanah liat yang diakibatkan oleh angin dan air.








The Pink Bunny( Arnab Merah Jambu)


Dibina oleh sekumpulan artis dari Vienna, The Pink Bunny yang terletak di Prata Nevaso, Itali ini berukuran 200 kaki panjang.













Crop Circle( Lingkaran Tanaman)

 Merupakan satu daripada carian yang popular di Google Earth. Terdapat beratus-ratus imej Crop circle yang dapat dikesan oleh Google Earth. Dikatakan di buat oleh makhluk asing. Kat Malaysia belum ada lagi imej macam ini.











Obsessi Salebriti

Okay, yang ini special sikit sebab dibuat oleh orang biasa. Yang ini merupakan hasil tangan seorang petani yang merupakan peminat Oprah yang dibina di atas tanah seluas 10 ekar. Harap nanti ada penduduk Felda buat imej Siti Nurhaliza le pulak. Malaysia Boleh Hihihi








Afrika Mega Fly over

Google dengan kerjasama National Geographic telah berkobelasi menghasilkan Afrika Megaflyover,
yang mengadungi hampir 500 imej beresolusi tinggi yang terhasil daripada google earth. x percaya?
klik sini









Parking di dinding

perhatikan imej kereta bewarna merah. Ianya boleh didapati di sini . Dashsyat betul pemandu kereta Belanda!!Lain macam parkingnya!!











Permandangan Terindah dari angkasa

Google Earth juga memberi anda pemandangan yang menarik melalui udara. Contohnya Victoria Falls, dan  Gunung Kilimanjaro . Anda mesti terkejut kan dengan imej yang terhasilkan!











yang ini pula Stesen Keretapi di China.Juga bangunan bangunan seperti Burj al-arab.











Yang ini pula Davis-Mothan Air Force Base, Tucson Arizona. Dah macam parking kereta dah!!













yang nie korang teka le sendiri ye. nak tengok kat Google Map, Klik sini










Okay, ini antara imej yang dapat diketahui oleh peminat-peminat Google Earth. Mungkin anda juga akan menjumpai imej pelik di GE suatu hari nanti!!