Selasa, 23 Oktober 2012

Sejarah Apple

Sejarah Apple



   

Korang mesti selalu dengar tentang Apple kan... Sebut sahaja Apple, mesti korang semua terbayangkan barisan produk Apple seperti iPad, iPhone, iMac dan sebagainya. Tetapi korang tahu ke sejarah macammana Apple nie bermula?


     Sebelum penubuhan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari, yang merupakan antara pelopor permainan arked dan TV. Wozniak telah membeli  beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas dan menggunakan percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dan telah dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Inilah komputer Apple I, model pertama keluaran Apple. yang ni pun unit modified, dan tambah keyboard dan casing kayu. camne nak guna pun idak le teman tahu

Pada tahun 1975, Wozniak telah menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.
    Apple diasaskan pada April 1, 1976 oleh Steve JobsSteve Wozniak, dan Ronald Wayne untuk menjual komputer pertama keluaran mereka, Apple 1. Ianya direka oleh Wozniak( buat pakai tangan je) dan terdiri daripada unit motherboard (with CPURAM, dan basic textual-video chips). The Apple I mula dijual pada Julai 1976 pada harga $666.66 ($2,723 dalam 2012 dollar). 
Apple diperbadankan pada January 3, 1977 tanpa Wayne yang menjual sahamnya kembali kepada  Jobs dan Wozniak untuk $800. Jutawan Mike Markkula telah membantu dengan bantuan sebanyak RM250,000 semasa Apple diperbadankan.


Model Apple II dengan 2 floppy disk.
Selepas berjaya menghasilkan komputer pertama mereka, Apple telah mengeluarkan Apple II, komputer  8-bit yang merupakan antara pelopor microkomputer ygt berjaya. Juga di reka oleh Wozniak,ianya juga lebih maju berbanding Apple I dan telah mengubah persepsi masyarakat kepada penggunaan komputer masa itu. Apple II mula diperkenalkan pada April 16 1977,di West Coast Computer Faire . Ianya merupakan antara komputer pertama yang menggunakan casing plastik dengan unit monitor grafik. Ianya juga dilengkapi dengan floppy disk, dan juga VisiCalc, perisian yang paling popular pada masa itu. disamping itu, Pengguna Apple II juga boleh menggunakan perisian WordStar dan dbase II. diakhir pengeluarannya pada 1993, siri Apple II telah terjual sebanyak 5-6 milion unit.


Antara Iklan Apple II

LISA - cinta tak semestinya bersatu



    Selepas kejayaan Apple II, Apple telah mengeluarkan siri Lisa pada tahun 1983. Apple menyatakan LISA merupakan Akronim bagi Local Integrated System Architecture.  Walaubagaimanapun, Steve Job telah menyatakan kepada penulis biografinya,  Walter Isaacson yang nama LISA itu diambil daripada nama anaknya ( Lisa Nicole Brennan). 
LISA merupakan komputer berkuasa tinggi yang direka untuk pengguna yang memerlukan komputer berprestasi tinggi pada masa itu. ianya mula dipasarkan pada Januari 19, 1983. Ianya menggunakan unit pemproses Motorola 68000 processor pada kelajuan 8 MHz.Walaubagaimanapun, harganya yg mencecah $9955 menyebabkan kurangnya sambutan dikalangan konsumer. Ianya kemudian di gantikan dengan model Lisa 2/ Macintosh XL yang lebih berdaya saing.



Macintosh - Selamat datang ke revolusi komputer!!

Macintosh, yang  mula dipasarkan pada  Januari 24 1984, Merupakan komputer peribadi komersial yang pertama menggunakan tetikus(mouse) dan graphical user interface(GUI). Dijual pada harga $2495 dolar, ianya segera menarik perhatian ramai. Macintosh edisi pertama ini juga dilengkapi dengan perisian Macpaint dan MacWriter yang menyebabkan ianya digunakan secara meluas.



Cuba tengok betul-betul siapa dalam Gambar tu(baju Biru).


Siri Machintosh  telah mengalami beberapa evolusi yang telah menambahbaikan yang membawa kepada penghasilan Model Macintosh Plus, Macintosh SE, Macintosh SE/30 dan Macintosh II. Pada pertengahan 1986, pengeluaran siri Macintosh telah mencecah 1 million.Model ke-1 million ini kemudiannya telah diberikan kepada Steve Wozniak sebagai penghargaan kepada hasil kerjanya dan komputer ini masih digunakan oleh beliau sehingga ke hari ini.Pada tahun 1985, Apple telah mengalami masalah dalaman dengan krisi di antara Steve Jobs dan John Sculley, CEO pada masa itu. Steve Jobs kemudiannya telah berhenti dari Apple dan mengasaskan Next Computer.

Semasa pelancaran Siri Machintosh juga, Apple telah mengeluarkan iklan komersialnya yang terkenal pada waktu rehat Superbowl XXIII pada 22 Januari 1984. Iklan ini yang diarahkan oleh Ridley Scott, dengan kos 1.5 milllion, telah berjaya memperkenalkan Apple di mata khalayak ramai waktu itu.


                             Iklan Komersial Apple 1984


Pada tahun 1989, Apple telah mengeluarkan Komputer mudah alihnya yang pertama, Macintosh Portable. Walaubagaimanapun model yang berharga $6500 dan dengan berat 7.2kg ini gagal dipasaran disebabkan pelbagai masalah dan kekurangannya. Apple kemudiannya mengeluarkan model Powerbook yang lebih berkuasa dan berharga $2500 sahaja pada tahun 1991. Powerbook segera memberi impak kepada pasaran komputer sedunia.



1992 PowerBook "Two Ways" brochure


Newton Massage Pad- Pemangkin Kepada iPad dan iPhone.

Newton Massage pad merupakan PDA yang dikeluarkan oleh Apple yang dilancarkan pada Ogos 1993. Ianya merupakan iPad dan iPhone "original" , dimana ianya menggunakan touchscreen( ada pen lagi), fungsi Fax, email, dan etc. la...tapi Model ini  kurang mendapat sambutan disebabkan handwriting recognitionnya tidak stabil dan beberapa lagi kekurangannya.menyebabkan ianya gagal dipasaran



20th  Anniversary Macintosh (TAM)

Okay, yang ni mesti korang tak pernah dengarkan? Penulis pun sama jugak...hahaha..cuma masa buat research untuk tulis artikel ni baru penulis jumpa(  artikel Sejarah Apple ini paling lama ambil masa nak menulisnya). Ianya dikeluarkan pada tahun 1997, dan hanya diedarkan di lima negara sahaja( Malaysia memang tak sampai punya)



ianya merupakan diantara rekaan innovatif Apple, dimana hanya 12,000 unit dikeluarkan oleh pihak Apple. Dengan skrin 12.1', Dengan unit prosessor 250MHz, dan dengan TV/radio tuner, TAM merupakan komputer tercanggih pada zamannya.TAM juga disertakan dengan subwoofer untuk menambahkan keistemewaannya. Anda juga boleh mendownload brochure TAM di sini.

iMac G3 "Blondi Blue"



iMac Merupakan modal komputer all- in -one yang direka oleh Apple. Mula dipasarkan pada 1998, ianya direka oleh Jonathan Ive( juga merupakan ketua pereka bagi iPhone dan iPod). So Actually panjang lagi historynya, cuba penulis pendekkan sampai sini je.
so hopefully dapat membantu meningkatkan pengetahuan anda!!

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan