Selasa, 3 April 2012

Perasmian iTworld KB Mall - Dapatkan iPad 2 Percuma dan Hadiah Misteri yang lain!!

iTworld KB Mall

36 tahun telah berlalu semenjak Apple Computer Inc. ditubuhkan pada 1976. Diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak, kini Apple  telah menjadi satu jenama simbolik, berprestij dan dipercayai dan telah menjadi lagenda di dalam dunia IT. Produk apple yang inovatif telah menarik perhatian ramai di seluruh dunia, dengan iPad2  dan iPhone telah menjadi satu ikon  dan kemestian pada hari ini. Acapkali produk-produk Apple ini menarik minat khalayak ramai, bahkan ada yang sanggup beratur semalaman semata-mata untuk menjadi  orang pertama yang memiliki produk-produk  apple ini.

Sebelum ini penduduk-penduduk di Pantai Timur, khasnya di Kelantan, hanya membuat pembelian produk dan barangan Apple di internet. Malah ada juga yang  terpaksa mengembara beratus kilometer semata-mata untuk membeli produk Apple. Khalayak juga tidak dapat merasai peluang untuk mencuba dan melihat produk-produk ini secara fizikal.

Untuk memenuhi permintaan penduduk di kawasan pantai timur, iTworld, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh SNS Network (M) Sdn. Bhd, telah membuka cawangan terbarunya di Kota Baru, Kelantan. Cawangan terbaru ini yang dibuka di aras dua, KB Mall, akan dibuka secara rasminya kepada umum pada 6 April 2012. Khalayak boleh mulai merasai pengalaman menggunakan produk Apple ini  bermula dari 10 pagi.

Semasa pembukaan rasminya, iTworld menjemput orang ramai untuk merasai pengalaman dan keseronokan menggunakan produk-produk Apple. IiTworld juga telah menyediakan 100 hadiah misteri untuk diberikan kepada orang ramai yang berkunjung ke iTworld pada masa perasmian tersebut. Pengunjung  yang bertuah juga berpeluang untuk mendapatkan iPad2, iPod atau aksesori Apple yang lain yang akan diberikan secara percuma. Disamping itu, pelbagai program juga telah diaturkan, termasuk demonstrasi barangan Apple, permainan dan sessi bergambar juga akan diadakan bersempena dengan pembukaan rasminya.


iTworld mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat pada hari pembukaan rasminya. Khalayak  boleh merasai pengalaman menggunakan Macbook Air, yang merupakan komputer riba yang ternipis di dunia. Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman menggunakan iPod, gadjet khusus untuk  keseronokan harian; dan juga iPad 2 dan iPhone, tablet dan telefon pintar . Disamping itu, iTworld juga menawarkan pelbagai promosi khusus untuk peminat-peminat produk Apple pada hari pembukaannya . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan