Rabu, 28 Mac 2012

Fiesta Rakyat 2012

Berita baik untuk penduduk di negeri Perak, di sekitar bandar Seri Iskandar khasnya. Fiesta Rakyat 2012 akan diadakan bermula 31 Mac sehingga 1 April 2012. Bertempat di Padang Bandaran Seri Iskandar, Pelbagai acara akan diadakan untuk memeriahkan Fiesta selama 2 hari ini.


Antara acara yang diadakan adalah mini konsert dengan artis jemputannya Mus dari kumpulan May, Farah Asyikin dan kumpulan Dendang Anak. Terdapat juga pertandingan pertandingan yang menarik seperti Battle of the Band, Karaoke, Futsal, Pertandingan Rebana, Go Kart dan pelbagai lagi . Jadi Moh le Yob, Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan fiesta ini!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan