Khamis, 15 Mac 2012

iTworld akan di buka di Kota Baru!!



Berita baik untuk penduduk Pantai Timur khasnya Kelantan!!  ITworld, pengedar sah bagi produk Apple, seperti iPad2,  iPhone4S, iPod dan iMac akan membuka cawangannya di Kota Baru, Kelantan. Menurut sumber syarikat, outlet terbaru mereka akan dilancarkan pada awal April 2012. 

Gambaran artis :iTworld KB Mall






      Pihak iTworld ketika dihubungi mengesahkan bahawa tarikh pelancaran bagi iTworld adalah pada April 2012. dikatakan beberapa acara akan diadakan bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut. Pihak iTworld juga mengesahkan outlet terbaru di Jusco Seksyen 18, Ipoh, akan dibuka dalam jangka masa terdekat.
      
      Buat masa ini, tablet ipad 2 dijual bermula dari harga RM1199. iPad 2 yang dilengkapi dengan chip A5 1GHz juga didatangkan dengan skrin 10 inci. Anda juga boleh melayari  www.itworld.com.my untuk keterangan lanjut atau membelinya secara online.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan